MIDF Research berkata tahap ekonomi akan jadi lebih perlahan tahun ini tetapi menjangkakan pasaran saham akan jadi lebih baik disebabkan kadar kenaikan pinjaman yang lebih perlahan di Amerika Syarikat (AS).<br /><br />Menurut Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, prestasi pasaran ini ditentukan oleh pemulihan penilaian, manakala ekonomi diunjurkan bakal kembali kepada paras biasa iaitu pada 4.2%.<br /><br />Tambah beliau,pertumbuhan lebih perlahan di negara maju akan memberi impak kepada perdagangan luar negara Malaysia.
